Sayyidina Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"Sesiapa yang mengerjakan enam rakaat solah sunat selepas solah maghrib dan dia tidak bercakap-cakap perkara yang sia-sia antara solah-solah itu maka dia akan mendapat ganjaran yang sama dengan dua belas tahun ibadat."(Tirmizi)
Keterangan: selepas solah maghrib, bersama dua rakaat ba'diah ditambah empat rakaat solat sunat lagi,maka jumlahnya enam rakaat. Sesetengah ulama berpendapat bahawa enam rakaat solah sunat yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah selain daripada dua rakaat sunat ba'adiah maghrib. (Mirqat dan Mazahir Haq)
Rujukan:
Muntakhab Ahadis Hadis-Hadis Pilihan
Pengarang: Syeikh Muhammad Yusuf Kandhalawi
Penerbit: MAKTABAH ILMIAH SDN. BHd.
Page:189-190
Assalamualaikum saudara mohamad khairul nizam bin malek. sy ad saaatu soaln, jika 6 rakaat termasuk 2 rakaat ba'diah, lg 4 rakaat boleh bole laa bt solat sunat lain spt solat hajat 4 rakaat, betul?
ReplyDelete